Wednesday, 1 June 2011

Ke Makam Bonda

 Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~Allahyarham Dr. Usman Awang
 
 
Pinjam dari flickr

Kenapa sajak ini yang aku pilih? Sebenarnya...kalau tak silap aku, nih sajak pertama yang aku betul-betul minat masa sekolah rendah dulu...dan tadi secara tiba-tiba aku teringatkan sajak nih...Bersyukurnya aku kerana masih ada emak dan bapak..Betapa besarnya jasa mereka pada aku selama ini...Sebelum ini, aku sedar aku ada sakitkan hati emak tapi bila dah ada anak sendiri, aku SEDAR betapa susahnya emak nak besarkan aku selama ini...Dan terbayang pulak aku satu ketika dulu bila bapak bersusah payah mengayuh basikal setiap hari ke tempat keja (tak kira hujan atau panas) untuk mencarik sesuap nasik untuk kami sekeluarga...Dulu kami susah...aku pegi sekolah pun naik basikal lama (bapak spraykan basikal tue untuk nampak cantik)..Bila aku bawak pegi sekolah, siap ada kawan-kawan jadikkan contoh basikal aku tuk contoh besi buruk (And makcik! sampai sekarang aku masih ingat sapa ko dan kata-kata ko tue)...arghhh...emo la pulak... :( Sorry tetiba ada genangan air mata pulak masa aku tengah menaip nih...Dah dah...stop sampai sini dulu...
Mak & bapak...aku sayang emak dan bapak selagi aku bernafas kat bumi Allah ini...Semoga mak dan bapak sentiasa sihat dan terima kasih atas segala apa yang kalian korbankan untuk aku selama ini...

0 komen kamu:

Post a Comment